Khamis, 18 Februari 2010

Takafulink

Pelan Perlindungan Pendapatan Takafulink


Adakah pendapatan anda sekarang dilindungi?



Aset manakah yang paling berharga sekali kepada anda di waktu ini? Kereta, rumah, barang kemas? Namun kita sentiasa terlupa, sebenarnya aset yang paling berharga sekali ialah pendapatan kita. Sekiranya ditakdirkan, kita tiba-tiba hilang sumber pendapatan, secara tidak langsung pegangan aset-aset yang lain turut terjejas.


Tiada siapa yang boleh melawan takdir. Sebab itulah kita perlu bijak bersiap-sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Tidak dapat dinafikan, tiada siapa yang mampu membantu anda dan keluarga di waktu kehilangan punca pendapatan di saat hilang upaya dan kematian anda. Berapa lamakah anda dan keluarga dapat bertahan tanpa pendapatan tetap? Justeru kehidupan memungkinkan kecelakaan dan menjanjikan kematian sebagai pasti, adakah kita sudah bersedia menghadapinya? Adakah tangisan mampu membela di saat itu?


Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:

“Sesungguhnya bagi Tuhan engkau menjadi kewajipan kepada engkau bagi diri

engkau, adalah kewajipan kepada engkau dan ahli keluarga engkau menjadi

kewajipan kepada engkau. Maka berilah tiap-tiap sesuatu kewajipan

terhadap haknya yang sempurna”.


Jaminan Serampang Dua Mata


Dengan pendapatan anda pada masa ini, anda mampu memberi kebahagiaan kepada keluarga anda buat masa sekarang ……………………… tetapi, bukan sekarang sahaja yang penting dan anda mempunyai dua lagi tugas untuk dilakukan daripada pendapatan anda sekarang ini iaitu;

*i) Untuk membuat persiapan yang wajar bagi masa tua apabila pendapatan anda menjadi berkurangan. Ia perlu kerana hidup yang terlalu lama, iaitu melebihi masa yang boleh menjamin pendapatan. Jaminan simpanan wang di hari tua yang boleh digunakan untuk:-


i) Perbelanjaan menunaikan fardhu haji.

ii) Perbelanjaan menunaikan ibadah umrah.

iii) Perbelanjaan pelajaran anak-anak.

iv) Perbelanjaan membaiki rumah.

v) Penambahan pendapatan di hari tua.


*ii) Untuk memastikan sekiranya berlaku hilang upaya atau kematian awal, taraf hidup keluarga anda akan dapat dikekalkan. Ini perlu bagi memenuhi rancangan yang dibuat bagi keluarga anda.


i) Jaminan pendapatan bagi keluarga yang ditinggalkan.

ii) Jaminan perlindungan pinjaman perumahan, perniagaan, peribadi atau lain-lain pinjaman yang ditinggalkan.


Mengapa Pelan Takafulink

Ia merupakan Pelan Takaful Keluarga Berkaitan Pelaburan yang dirangka khusus untuk mengatasi ketidakpastian hidup serta memaksimakan pulangan anda.


Manfaat Perlindungan

Anda boleh memilih jumlah perlindungan yang diperlukan, iaitu Jumlah Asas Dilindungi. Jumlah ini boleh ditambah atau dikurangkan, tertakluk kepada pengunderaitan semasa.

* Jika berlaku Kematian, kedua-dua Jumlah Asas Dilindungi dan baki di dalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan dibayar.

* Jika berlaku Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal sebelum usia 65 tahun, kedua-dua Jumlah Asas Dilindungi dan baki Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan dibayar.


Jenis Akaun

Caruman anda akan disalurkan kepada Akaun Pelaburan Peserta (PIA) selepas ditolak Yuran Wakalah. Yuran Wakalah dikenakan oleh Pengendali Takaful sebagai ejen peserta dalam menguruskan operasi perniagaan Takaful. PIA adalah akaun pelaburan individu yang bertujuan untuk menjana keuntungan. Caruman anda akan dilaburkan di dalam Dana yang Diluluskan Syariah. Caj risiko bulanan akan dikenakan melalui PIA kepada Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA). PRIA adalah dana risiko terkumpul di mana para peserta membuat caruman berdasarkan Tabarru’ (sumbangan). Jumlah Asas Dilindungi adalah berbayar dari dana tersebut

Akaun PIA ini adalah tertakluk kepada yuran pengurusan dana sebanyak 1% ~ 1.5% setahun, yang dikenali sebagai Yuran Wakalah Tharawat. Dana yang diluluskan Syariah ini diurus secara profesional oleh pengurus dana yang berpengalaman dan bermatlamat memberi anda pulangan pelaburan berpotensi tinggi. Nilai PIA akan berubah-ubah mengikut prestasi dana Takaful.

Dana ini akan hanya melabur di dalam produk-produk kewangan yang berasaskan Syariah seperti:

  • Ekuiti yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) yang mematuhi Syariah.
  • Bil yang mematuhi lunas keislaman, Bon Mudharabah Cagamas, Sijil Pelaburan Kerajaan.
  • Tunai dan Simpanan di Bank Islam Malaysia Berhad dan di bawah Sistem Perbankan Tanpa Faedah
  • Sebarang pelaburan lain yang diluluskan oleh Syariah dari masa ke semasa.

Pelan ini menyediakan perlindungan eksklusif untuk anda di seluruh dunia tanpa sebarang sekatan ke atas perjalanan, penginapan, pekerjaan malahan meliputi kebanyakan risiko termasuk peperangan.




Kelayakan, Kadar Caruman dan Kemudahan Pembayaran

Usia penyertaan bagi Peserta ialah di antara 30 hari dan 69 tahun. Jika Peserta berbeza daripada Orang yang Dilindungi, Peserta mesti berusia 18 tahun ke atas. Caruman bulanan minima ialah RM50 sebulan atau RM600 setahun. Anda boleh membuat caruman secara bulanan, suku tahun, setengah tahun atau tahunan.


Fleksibiliti Penuh

Anda boleh membuat pengeluaran minima RM500 pada bila-bila masa, tertakluk baki minima di dalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA) adalah RM1,000. Anda juga boleh menambah pelaburan anda pada bila-bila masa dengan bayaran minimum sekaligus sebanyak RM1,000.

Anda boleh memberhentikan caruman lazim anda dan masih menikmati perlindungan Takafulink, selagi nilai Akaun Pelaburan Peserta (PIA) untuk menyelesaikan caj Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA) mencukupi.


Pengecualian Cukai Pendapatan

Caruman yang dibayar diberi Pelepasan Cukai. Pelepasan cukai bagi setiap individu adalah sebanyak jumlah maksimum RM6,000 tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri. Oleh itu jumlah sebenar yang anda carumkan adalah sangat rendah.



Undang-Undang Takaful

Industri Takaful di Malaysia tertakluk di bawah Akta Takaful 1984, dan diselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Para Pengendali Takaful perlu mematuhi Syariah, Syarat-syarat Berkanun dan Kawal Selia yang ketat.


Untuk maklumat lanjut hubungi :
010-5300663
Mohd Saiful Irwan