Sabtu, 20 Februari 2010

Takafulink Pendidikan

Adakah anda sudah melindungi masa hadapan anak anda?


Pelan Pendidikan Takafulink


Perlindungan dan Pelaburan Pendidikan Dalam Satu Akaun


Setiap ibu bapa mempunyai cita-cita dan harapan agar anak mereka akan berjaya di hari kemudian.


Firman Allah Taala dalam surah az-Zummar, ayat 9 yang bermaksud:


Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu pengetahuan dengan

orang yang tidak berilmu pengetahuan?, tentu tidak.

Hanya yang menerima peringatan ialah orang yang berakal.


Keinginan memikul tanggungjawab sosial dan keprihatinan terhadap masalah kewangan yang anda hadapi sekiranya malapetaka itu berlaku, mendorong MAA Takaful Berhad menawarkan perkhidmatan untuk melindungi rancangan pendidikan anak dengan caruman yang rendah serta menghasil pulang dividen yang lumayan.


Keperluan jaminan pendidikan dan pelaburan pendidikan anak anda berubah pada peringkat kehidupan yang berbeza. Tahap keselesaan dan keselamatan bagi anda dan keluarga anda bergantung kepada bagaimana anda menguruskan perubahan-perubahan tersebut. Pelan Takafulink memberikan anda kuasa untuk menguruskan Perlindungan Pendidikan dan Keperluan Pelaburan Pendidikan anak anda dalam satu Akaun. Ianya memberikan anda gabungan Perlindungan Insurans Hayat dan Akaun Pelaburan dengan fleksibiliti untuk mengubah tahap gabungan ini pada bila-bila masa.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:


“Sesungguhnya bagi Tuhan engkau menjadi kewajipan kepada engkau bagi diri

engkau, adalah kewajipan kepada engkau dan ahli keluarga engkau menjadi

kewajipan kepada engkau. Maka berilah tiap-tiap sesuatu kewajipan terhadap

haknya yang sempurna”.


Takaful Hayat

Anak anda mempunyai pilihan tahap perlindungan takaful hayat yang anda kehendaki, dan jumlah ini dinamakan Jumlah Asas yang Ditakafulkan. Apabila meninggal dunia, Jumlah Asas yang ditakafulkan dan baki Akaun Pelaburan akan dibayar.


Jika berlaku Hilang Upaya Keseluruhan Kekal, jumlah asas yang ditakafulkan akan dibayar dan anda mempunyai pilihan:


1.Menamatkan polisi dan menerima nilai Akaun Pelaburan; atau


2.Meneruskan dengan Akaun Pelaburan


Akaun Pelaburan

Baki premium yang tidak diperuntukkan bagi perlindungan takaful hayat boleh digunakan untuk pelaburan pendidikan. Anda mempunyai pilihan pelbagai jenis dana yang diuruskan secara profesional bagi Akaun Pelaburan Pendidikan anak anda. Anda boleh menukar atau mengubah dana pada bila-bila masa yang anda suka.


Fleksibiliti Penuh

Anda boleh membuat pengeluaran minima RM500/- dan menunaikan polisi anak anda pada bila-bila masa tertakluk kepada baki di dalam dana sebanyak RM1,000.Tambahan pula anda boleh berhenti membayar premium dan masih menikmati perlindungan takaful hayat selagi terdapat unit yang secukupnya di dalam Akaun Takafulink anda untuk membayar caj takaful dan yuran polisi.


Dana ini akan hanya melabur di dalam produk-produk kewangan yang berasaskan Syariah seperti:


  • Ekuiti yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) yang mematuhi Syariah.

  • Bil yang mematuhi lunas keislaman, Bon Mudharabah Cagamas, Sijil Pelaburan Kerajaan.

  • Tunai dan Simpanan di Bank Islam Malaysia Berhad dan di bawah Sistem Perbankan Tanpa Faedah

  • Sebarang pelaburan lain yang diluluskan oleh Syariah dari masa ke semasa.

Kelayakan dan Kemudahan Simpanan

Usia penyertaaan bagi Hayat yang Diinsuranskan ialah antara 30 hari dan 18 tahun.Simpanan premium tahunan minima ialah RM600 atau minima RM50 sebulan.


Simpanan Premium Bulanan & Pulangan



Tempoh Simpanan

Simpanan Bulanan (RM)

Nilai Serahan Terkumpul (RM)

Usia 18

100

32,389

Usia 20

39,118

Usia 21

41,747



Pengecualian Cukai Pendapatan

Premium yang dibayar akan dikecualikan daripada cukai pendapatan sehingga RM3,000(bergantung kepada keputusan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri). Oleh itu jumlah sebenar yang anda carumkan adalah sangat rendah.


Undang-Undang Takaful

Industri Takaful di Malaysia tertakluk di bawah Akta Takaful 1984, dan diselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM)


Untuk maklumat lanjut hubungi :
010-5300663
Mohd Saiful Irwan