Khamis, 18 Februari 2010

Profil Korporat

Mengenai MAA Takaful

Mengapa memilih MAA Takaful ?

MAA Takaful Berhad adalah hasil daripada usahasama yang strategik di antara MAA Holdings Berhad (MAAH) dan Solidarity Company BSC (C) dari Bahrain, iaitu salah satu syarikat takaful yang terbesar di dunia Arab.


Pada 21 Februari 2006, satu Perjanjian Usahasama telah ditandatangani bersama Solidarity, bagi membentuk syarikat usahasama yang dikenali sebagai MAA Takaful untuk menjalankan perniagaan takaful. Pada 3 Mac 2006, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menganugerahkan lesen Pengendali Takaful untuk syarikat usahasama di antara MAA Holdings dan Solidarity dari Bahrain. Pada 2 Mei 2006, MAA Takaful telah ditubuhkan dengan modal berbayar RM100 juta dan seterusnya pada 1 Julai 2007, MAA Takaful telah dianugerahkan lesen untuk beroperasi sebagai Pengendali Takaful Komposit. Hari ini MAA Takaful mempunyai kekuatan agensi melebihi 20,000 orang.


MAAH memegang 75% pegangan ekuiti di MAA Takaful Berhad, sementara itu Solidarity memegang 25% ekuiti. MAAH disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Berhad. Anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutunya terlibat dalam perniagaan insurans am dan insurans hayat, termasuklah perniagaan persisir pantai dan reinsurans, perniagaan jual beli, pajak gadai dan kemudahan kredit yang lain, unit amanah, pengurusan hartanah, pengurusan dana dan perundingan pelaburan, keselamatan, perkhidmatan perundingan dan juga pusat dialisis amal. Saban tahun, MAAH telah mengembangkan operasinya ke Indonesia, Filipina dan Thailand melalui MAA International Assurance Ltd., salah satu syarikat insurans persisir pantai dalam kumpulan MAAH.


Menyertainya bermakna mewujudkan persediaan alternatif terbaik ke atas segala perihal kewangan, perniagaan, kemanusiaan, pendidikan dan lain-lain urusan dari terbengkalai atau tertangguh. Ia dapat menghalang dan mencegah mereka yang tidak berdosa dari terkorban disebabkan oleh keangkuhan, kealpaan, sifat tidak mahu mengetahui dan sikap mementingkan diri sendiri oleh mereka yang bertanggungjawab.


Firman Allah Taala dalam surah as-Saba’ ayat 9 yang bermaksud:


“Katakanlah: ‘Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki dan menyempitkan bagi sesiapa yang dikehendakinya di antara hamba-hambaNya.

Apa yang kamu nafkahkan di antara sesuatu

maka Allah akan menggantikannya’.”