Khamis, 1 April 2010

Takafulink Wanita

Adakah anda telah melindungi diri anda dari pelbagai penyakit?


Pelan Takafulink Wanita

Perlindungan dan Pelaburan Dalam Satu Akaun



TAKAFULINK WANITA adalah satu pelan yang memberi ketenangan kepada wanita Malaysia hari ini. Ia direka khusus untuk melindungi kesihatan wanita dan kesejahteraan serta mendidik wanita dalam menguruskan perlindungan dan pelaburan mereka untuk persediaan persaraan kelak.


TAKAFULINK WANITA - Menepati Setiap Keperluan Wanita


a) Berkahwin - Dua sumber pendapatan keluarga

Pada hari ini 61 % wanita yang berkahwin membawa pulang pendapatan. Suami dan isteri adalah pasangan ekonomi bersama. Ekonomi keluarga bergantung kepada kedua-dua pendapatan.


b) Berkahwin - Suri rumah sepenuh masa

2 daripada 5 orang wanita berkahwin adalah suri rumah tangga sepenuh masa. Ini adalah mengenai perkongsian yang memerlukan usahasama di antara 2 orang untuk membentuk satu fungsi rumah tangga. Perkhidmatan anda adalah amat bernilai. Bagaimanakah suami dan anak-anak akan diuruskan tanpa anda.


c) Janda / Bercerai - Merupakan ketua keluarga

Pada hakikatnya anda mempunyai tanggungjawab kewangan kepada keluarga. Sebagai ibu tunggal, anda adalah satu-satunya pencari nafkah untuk menanggung dan menjaga anak-anak.


d) Wanita Bujang

Sama ada anda bujang, tidak pernah berkahwin atau bercerai tanpa anak. Keperluan anda adalah lebih daripada wanita yang berkahwin. Ini adalah kerana sebagai seorang bujang anda bertanggungjawab ke atas segala masalah. Ia bertindak membina dan menjaga persaraan anda.


Fakta-Fakta Yang Perlu Difikirkan

· Purata jangka hayat wanita adalah 4 hingga 5 tahun lebih lama dari lelaki. Oleh sebab itu wanita memerlukan simpanan yang lebih banyak untuk mengekalkan pendapatan.

· Secara purata wanita akan menghabiskan 1/3 dari umur dengan tidak berkahwin, sama ada membujang, kematian suami atau bercerai

· Hampir 85% warga tua adalah wanita.

· 80% penghuni rumah kebajikan / penjagaan adalah wanita.

· 60% wanita bekerja tidak mempunyai skim persaraan.

· Wanita masih lagi memperolehi pendapatan 20% hingga 40% kurang dari lelaki walaupun mempunyai taraf pekerjaan yang sama.

· Di antara wanita berumur 35 hingga 55 tahun kira-kira 2/3 akan menjadi miskin ketika mencapai umur 70 tahun.

· Secara keseluruhannya wanita memperolehi pendapatan yang kurang dari lelaki.

· Wanita lebih kerap menukar kerja dan berhenti dari lelaki – biasanya untuk mengikut pekerjaan suami atau menjaga keluarga.

· Peningkatan sebanyak 250% di dalam kes perceraian dari tahun ke tahun menyebabkan semakin ramai wanita dan kanak-kanak hidup di dalam kemiskinan.


Perkara Yang Perlu Diketahui Oleh Setiap Wanita

· 1 daripada 8 orang wanita akan terdedah kepada penyakit kanser payudara di dalam kehidupan.

· Di Amerika Syarikat, pada setiap 3 minit wanita dikenal pasti menghidap kanser payudara.

· Di Amerika Syarikat, pada setiap 11 minit wanita meninggal dunia akibat kanser.

· Di United Kingdom, 300,000 wanita menghidap kanser payudara setiap tahun.

· Di Malaysia :-

14 % kes kanser merujuk kepada kanser kelamin.

31 % kes kanser merujuk kepada kanser payudara.

· 95 kes kanser didiagnosa setiap hari di Malaysia.

· 1 daripada 9 orang wanita akan terdedah kepada kanser payudara

· Kanser adalah pembunuh nombor 2 di Malaysia selepas kemalangan.

(Statistik Persatuan Kanser Nasional Malaysia)


Kenapa Anda Perlu Menyertai ?

· Untuk melindungi keluarga anda

· Untuk menggantikan pendapatan yang hilang sekiranya meninggal dunia

· Untuk menggantikan pendapatan yang hilang sekiranya hilang upaya keseluruhan dan kekal

· Menyediakan jaminan persaraan sendiri

· Untuk melangsaikan hutang

· Untuk dana pendidikan anak-anak.

· Untuk jaminan perbelanjaan perubatan yang tidak diduga.

· Untuk mengekalkan taraf hidup yang sedia ada.

· Untuk melindungi daripada penyakit-penyakit wanita

· Untuk memberikan faedah-faedah bersalin.


Manfaat Perlindungan

Anda boleh memilih jumlah perlindungan yang diperlukan, iaitu Jumlah Asas Dilindungi. Jumlah ini boleh ditambah atau dikurangkan, tertakluk kepada pengunderaitan semasa.

* Jika berlaku Kematian, kedua-dua Jumlah Asas Dilindungi dan baki di dalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan dibayar.

* Jika berlaku Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal sebelum usia 65 tahun, kedua-dua Jumlah Asas Dilindungi dan baki Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan dibayar.


Jenis Akaun

Caruman anda akan disalurkan kepada Akaun Pelaburan Peserta (PIA) selepas ditolak Yuran Wakalah. Yuran Wakalah dikenakan oleh Pengendali Takaful sebagai ejen peserta dalam menguruskan operasi perniagaan Takaful. PIA adalah akaun pelaburan individu yang bertujuan untuk menjana keuntungan. Caruman anda akan dilaburkan di dalam Dana yang Diluluskan Syariah. Caj risiko bulanan akan dikenakan melalui PIA kepada Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA). PRIA adalah dana risiko terkumpul di mana para peserta membuat caruman berdasarkan Tabarru’ (sumbangan). Jumlah Asas Dilindungi adalah berbayar dari dana tersebut

Akaun PIA ini adalah tertakluk kepada yuran pengurusan dana sebanyak 1% ~ 1.5% setahun, yang dikenali sebagai Yuran Wakalah Tharawat. Dana yang diluluskan Syariah ini diurus secara profesional oleh pengurus dana yang berpengalaman dan bermatlamat memberi anda pulangan pelaburan berpotensi tinggi. Nilai PIA akan berubah-ubah mengikut prestasi dana Takaful.

Dana ini akan hanya melabur di dalam produk-produk kewangan yang berasaskan Syariah seperti:

  • Ekuiti yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) yang mematuhi Syariah.
  • Bil yang mematuhi lunas keislaman, Bon Mudharabah Cagamas, Sijil Pelaburan Kerajaan.
  • Tunai dan Simpanan di Bank Islam Malaysia Berhad dan di bawah Sistem Perbankan Tanpa Faedah
  • Sebarang pelaburan lain yang diluluskan oleh Syariah dari masa ke semasa.

Pelan ini menyediakan perlindungan eksklusif untuk anda di seluruh dunia tanpa sebarang sekatan ke atas perjalanan, penginapan, pekerjaan malahan meliputi kebanyakan risiko termasuk peperangan.


Peruntukan Caruman Takafulink

Caruman yang dibayar adalah diperuntukkan berdasarkan kadar peruntukan berikut:

Tahun

1

2

3

4

5

6

Seterusnya

Peruntukan Caruman

40%

50%

70%

70%

85%

90%

100%



Fleksibiliti Penuh

Anda boleh membuat pengeluaran minima RM500 pada bila-bila masa, tertakluk baki minima di dalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA) adalah RM1,000. Anda juga boleh menambah pelaburan anda pada bila-bila masa dengan bayaran minimum sekaligus sebanyak RM1,000.

Anda boleh memberhentikan caruman lazim anda dan masih menikmati perlindungan Takafulink, selagi nilai Akaun Pelaburan Peserta (PIA) untuk menyelesaikan caj Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA) mencukupi.


Faedah & Perlindungan


Kematian & Hilang Upaya Kekal

RM 100,000

Perlindungan Penyakit Wanita

(RM)

1

Pemeriksaan Kesihatan Wanita Tahunan Sebanyak RM100 (Ujian darah, Pap Smear, Mammogram, Abdomen / Pelvis Ultrasound)

100

2

Kanser Wanita (Payudara, Uteri Serviks, Tiub Falopia, Ovari, Uterus, Vagina / Vulva)

30,000

3

Karsinoma-in-situ (Payudara dan Uteri Serviks)

9,000

4

Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Lupus Nefritis

30,000

5

Lesion Intrapitelial Skuama Gred Tinggi (HSIL) Dengan Displasia Tenat

9,000

6

Fibroid

9,000

7

Ovarian Cyst

9,000

8

Pembedahan Rekonstruksi Muka Akibat Kemalangan

9,000

9

Pembedahan Rekonstruksi Payudara Akibat Kemalangan dan Kanser

9,000

10

Pemindahan Kulit Akibat Kebakaran dan Kanser Kulit

9,000

11

Keretakan Tulang Akibat Osteoporosis

9,000

12

Artritis Reumatoid Dengan Komplikasi

9,000


Perlindungan Kehamilan

(RM)

1

Elaun Kelahiran Sehingga RM500, Maksimum 3 Kelahiran


2

Faedah Harian Kemasukan Hospital Sebanyak RM200 (Maksimum 7 Hari) Akibat Komplikasi Dari Kelahiran Anak


3

Kematian Ibu Akibat Kelahiran

TIADA

4

Komplikasi Akibat Kehamilan

i- Penyebaran Penggumpulan Intravaskular

ii- Kehamilan Ektopik

iii- Mol Hidatidiform (Kandungan Molar)

iv- Kematian “Still Birth”

v- Kamatian “Neonatal”

vi- Eclampsia

TIADA

5

Penyakit Kongenital Bayi

i- Sindrom Down

ii- Spina Bifada

iii- Tetralogi Fallot

iv- Transposisi Pembuluh Utama

v- Kecacatan Atrium Septum

vi- Kecacatan Ventrikular

TIADA




Pengecualian Cukai Pendapatan

Caruman yang dibayar diberi Pelepasan Cukai. Pelepasan cukai bagi setiap individu adalah sebanyak jumlah maksimum RM9,000 tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri. Oleh itu jumlah sebenar yang anda carumkan adalah sangat rendah.


Undang-Undang Takaful

Industri Takaful di Malaysia tertakluk di bawah Akta Takaful 1984, dan diselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Para Pengendali Takaful perlu mematuhi Syariah, Syarat-syarat Berkanun dan Kawal Selia yang ketat.